Saturday, December 12, 2015

Negeri Sembilan

Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan mewarisi budaya tradisi Minangkabau. Terkenal dengan ciri seni bina Minangkabau yang tersendiri iaitu rekabentuk bumbung seakan-akan tanduk kerbau, Negeri Sembilan terdiri daripada sembilan luak atau daerah yang dahulunya membentuk persekutuan Negeri Sembilan. Kaya dengan adat dan tradisi silam, Negeri Sembilan merupakan gabungan terbaik yang baru dan yang lama. 

PORT DICKSON

Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Port Dickson mempunyai pantai berpasir halus sepanjang kira-kira 8km. Ia merupakan salah satu daripada tempat peranginan yang paling popular di pantai barat. Kedudukannya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, iaitu lebih kurang 1 ½ jam perjalanan, menjadikannya destinasi kegemaran penduduk bandar untuk berlibur. Pantainya juga sesuai untuk pelbagai jenis sukan air dan aktiviti pantai. Antara pantai yang paling popular di sini ialah Teluk Kemang, Tanjung Biru dan Cahaya Negeri. Inilah Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan. 

MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI

Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Muzium Diraja Seri Menanti ialah salah sebuah daripada istana kayu yang masih kekal di negara ini. Istana ini siap dibina pada tahun 1908 dan dahulunya merupakan tempat kediaman rasmi keluarga diraja Negeri Sembilan. Istana yang dijadikan Muzium Diraja pada 14 Julai 1992 ini menempatkan pelbagai alat kebesaran diraja Negeri Sembilan. Ini antara Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan. 

INAP DESA

Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Program yang unik ini memberikan peluang untuk pengunjung mengalami sendiri tarikan sebenar kehidupan di kampung. Pengunjung berpeluang tinggal bersama masyarakat tempatan sambil menikmati budaya dan tradisi tempatan yang berbagai-bagai dalam suasana tradisional. Nikmati masakan kampung dan sertai pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang hari, daripada menuai hasil tanaman hingga ke bermain permainan tradisional. Ini Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan. 

KOMPLEKS MUZIUM NEGERI

Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Kompleks Muzium Negeri mempamerkan tradisi dan sejarah silam Negeri Sembilan. Kompleks ini terdiri daripada tiga bangunan utama iaitu Teratak Perpatih, Istana Ampang Tinggi dan Rumah Negeri Sembilan yang memaparkan reka bentuk Minangkabau tradisional. Salah satu daripada bangunan ini ialah Muzium Negeri yang juga dikenali sebagai Teratak Perpatih. Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan.

HUTAN REKREASI

Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Negeri Sembilan mempunyai beberapa kawasan peranginan alam semula jadi yang indah seperti Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Pusat Pendidikan Pelancongan Sungai Menyala dan Taman Alam Liar Lembah Jemaloi. Di sini, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti yang mencabar seperti merentas hutan, berbasikal di lereng bukit atau bersantai sambil menikmati suasana hening di tengah-tengah alam semula jadi yang subur menghijau. Kebanyakan hutan lipur ini dilengkapi dengan kemudahan moden seperti tapak perkhemahan, penginapan dan bilik air. Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan. 

DESTINASI MENARIK DI NEGERI SEMBILAN

Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan


Seremban



• Kompleks Muzium Negeri • Kompleks Kraf Negeri Sembilan • Ladang Burung Kasawari Jelita • Taman Agro Starfresh • Inap Desa Pelegong • Hutan Rekreasi Lenggeng 

Nilai



• Pusat Jualan Borong Nilai 3 • Pusat Tekstil Dataran Nilai 

Port Dickson



• Muzium Tentera • Pusat Pendidikan Pelancongan Sungai Menyala • Safari Sungai Linggi • Ladang Burung Kasawari PD • Kompleks Bersejarah Pengkalan Kempas • Muzium Lukut & Kota Lukut • Extreme PD Buggy Trek Pit Stop • Eagle Ranch Resort • Inap Desa Pachitan • Hutan Rekreasi Pasir Panjang • Kompleks Baitul Hilal 

Jelebu



• Kem D’ Agroloka • Titi Eco Farm Resort • Inap Desa Kuala Klawang • Muzium Adat • Taman Alam Liar Lembah Jemaloi • Hutan Rekreasi Jeram Toi 

Jempol



• Teratak Za’ba • Inap Desa F’best • Inap Desa Lonek • Hutan Rekreasi Serting Ulu • Hutan Rekreasi De Bana 

Kuala Pilah



• Hutan Rekreasi Ulu Bendul • Kampung Budaya Terachi • Inap Desa Laman Bangkinang • Inap Desa Mudin Hasan • Hutan Rekreasi Jeram Tengkek 

Rembau



• Kolam Air Panas Pedas Wet World • Rembau Crystal • Kelip-kelip Sungai Timun • Inap Desa Batang Nyamor • Muzium Rembau (Replika Istana Raja Melewar) • Hutan Rekreasi Gunung Datuk 

Gemas



• Inap Desa Gemas 

Tampin



• Hutan Rekreasi Batu Maloi • Hutan Rekreasi Gunung Tampin 

Tidak mengecewakan sama sekali jika kita semua berkunjung ke Negeri Sembilan, negeri yang mengekalkan tanah adat. Adat yang sentiasa dijunjung tinggi sejak dahulu hingga sekarang. 

No comments:

Post a Comment