Saturday, December 12, 2015

Negeri Melaka

Tempat-tempat menarik di Negeri Melaka. Sudah sampai masanya yang cuti sekolah hujung tahun kini bermula. Marilah sama-sama kita sekeluarga bercuti untuk memberikan keseronokan kepada anak-anak yang penat mentelaah pelajaran sepanjang tahun. Berikut dikongsikan senarai tempat menarik di Melaka Negeri Bersejarah bagi mereka yang merancang bercuti di sini.
 
Tempat Menarik Di Melaka

Senarai Tempat Menarik Di Melaka Negeri Bersejarah Untuk Bercuti

Kalau pergi bercuti di Malaysia, kunjungan ke Melaka tidak boleh dilupakan kerana banyak tempat menarik di sini. Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). 

Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan :
  • Negeri Sembilan di utara;
  • Johor di tenggara; dan
  • Selat Melaka di barat.

Lokasi Pelancongan Di Melaka

Berikut adalah tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Melaka sempena cuti sekolah ini :-


  • 1) Taman Rama-Rama Melaka
  • 2) Taman Buaya Melaka
  • 3) Coral Wonderland Melaka
  • 4) Jonker BirdHouse di kawasan Chinatown Melaka
  • 5) Muzium Kapal Selam Melaka di Pantai Klebang
  • 6) Muzium Lebah Sedunia 
  • 7) Masjid Selat Melaka
  • 8) Menara Taming Sari
  • 9) Muzium Kesultanan Melaka
  • 10) Muzium Islam Melaka
  • 11) Melaka River Cruise
  • 12) Melaka Wonderland Theme Park & Resort 
  • 13) A'Famosa Resort
  • 14) Ladang Dusun D Paradise
  • 15) Zoo Melaka & Night Safari - zoo kedua terbesar di Malaysia
  • 16) Taman Rama-rama dan Reptilia
  • 17) Taman Mini Malaysia dan Mini ASEAN
  • 18) Taman Botanikal Melaka
  • 19) Medan Ikan Bakar Umbai
  • 20) Muzium Baba Nyonya
  • 21) Kota A Famosa
  • 22) Planetarium Melaka
  • 23) Masjid Kampung Kling
  • 24) Jonker Walk
  • 25) Kampung Morten
  • 26) Muzium Samudera atau “Muzium Kapal” yang terletak di Jalan Merdeka
  • 27) Masjid Kampung Hulu adalah masjid tertua yang masih wujud dan diimarahkan di Melaka. 
  • 28) Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon di Ujong Pasir
  • 29) Makam dan perigi Hang Tuah
  • 30) Perigi Hang Lipo

No comments:

Post a Comment