Saturday, December 12, 2015

Negeri Kelantan


Tempat-Tempat Menarik Di Kelantan
Digelar ‘Tempat Bermulanya Budaya Melayu’, kesetiaan Kelantan pada warisan budayanya menghasilkan negeri yang kaya dengan amalan tradisi dan adat resam lama. Hasil seni dan krafnya adalah antara yang terbaik di Malaysia. 

Sesetengahnya seperti Wau Bulan dan Wayang Kulit dikenali sebagai ikon budaya sepanjang zaman. Dengan landskap indah yang terdiri daripada perkampungan Melayu yang menawan dan kecantikan alam semula jadi yang subur menghijau, Kelantan ialah destinasi percutian yang mempesonakan. 

GUNUNG STONG

Gunung Stong merupakan sebahagian daripada Taman Negeri Stong, dan salah satu daripada destinasi ekokembara paling popular di negara ini. Air Terjun Jelawang, air terjun tujuh lapis yang dikatakan tertinggi di Asia Tenggara, terletak di sini. Di sini juga terdapat beberapa spesies tumbuhan yang eksotik dan endemik. Antara tempat-tempat yang lain ialah :-










Kota Bharu

• Kampung Kraftangan • Padang Merdeka • Muzium Islam • Taman OrkidTengku Anis • Masjid Langgar • Menyusuri Sungai dari Kota Bharu ke Kampung Laut • Pantai Cahaya Bulan • Pantai Sabak Fishing Village • Istana Batu (Muzium Diraja) • Kampung Nelayan Pantai Sabak • Istana Balai Besar • Jalan menuju ke Pantai Cahaya Bulan (industri kampung dan kraf ) • Masjid Al-Muhammadi • Muzium Perang • Muzium Negeri • Pantai Kuala Pa’ Amat • Inap Desa Kampung Seterpa • Wakaf Che Yeh • Bazar Buluh Kubu 

Bachok



• Pantai Melawi • Pantai Irama • Inap Desa Kampung Kubang Telaga 

Dabong



• Gua Ikan • Gelap Gelap • Air Terjun Jelawang • Inap Desa Jelawang 

Kuala Krai



• Jambatan Kusial • Gunung Ayam • Air Terjun Lata Rek 

Nilam Puri



• Masjid Kampung Laut 

Pasir Puteh



• Pantai Bisikan Bayu • Air Terjun Jeram Lenang • Air Terjun Jeram Pasu • Pantai Tok Bali 

Tumpat



• Kubur Tok Janggut • Pantai Seri Tujuh • Wat Photivihan • Wat Machimmaram • Wat Mai Suwankhiri • Inap Desa Kampung Pantai Suri 

Gua Musang



• Gunung Rabong • Gunung Chamah • Kem Etnobotani • Tanah Tinggi Lojing • Tokong Sweet Nyet Kong • Inap Desa Kampung Batu Papan • Inap Desa Kampung Renok Baru • Taman Negara Kelantan 

Jeli



• Gunung Reng • Tasik Pergau • Kolam Air Panas Jeli • Inap Desa Kampung Bukit Jering 

Machang



• Inap Desa Kampung Kemunchup 

Sememangnya Negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang unik yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar untuk berkunjung ke sana. 

No comments:

Post a Comment