Saturday, October 17, 2015

UKM

Tanggal 15 September 2015 bersamaan hari Selasa, aku ditawarkan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu panggilan kedua setelah membuat rayuan. Sebelum ini, aku tak layak sebab keputusan MUET aku hanyalah Band 1, tapi semangat mahu belajar masih ada lagi, aku ambik semula peperiksaan MUET di sekolah harian dan alhamdulillah keputusan yang tak disangkakan, aku mendapat Band 3.

Sebelum tiba hari pendaftaran,banyak perkara yang berlaku sama seperti pelajar-pelajar second intake yang lain:

  • Dapat tahu keputusan dalam masa 3 hari sebelum sesi pendaftaran
  • Tidak sempat membuat medical check up sebab pada tarikh 16 September 2015 adalah Hari Malaysia, jadi banyak hospital kerajaan mahupun swasta ditutup.
  • Sibuk mencari wang sebanyak RM2000 untuk settlekan yuran pendaftaran
  • Selain itu, dalam masa 2 hari kelam kabut mencari kelengkapan, pakaian, dan macam-macam lagi lah. Kebanyakannya tak sempat la...
Itu masalah yang sama dengan pelajar lain. Masalah saya dan keluarga saya pula ialah masa hari pendaftaran itu, dimana pada masa yang sama jugak kami perlu berniaga. Okey..saya cerita dari awal la...keluarga saya memang buat bisnes menjual kuih tradisional seperti kuih loyang atau lebih dikenali sebagai bunga ros, rempeyek, kuih siput, kacang botak, muruku dan macam-macam lagi lah. Kami pula hanya menjual setiap hari Jumaat sahaja. Yang menjadi masalah ketika itu adalah, hari Jumaat terseebut merupakan minggu terakhir sebelum Hari Raya Korban, dimana aku telah pun berjanji dengan ramai pelanggan dan yang paling penting hari  tulah punca rezeki kami yang berlipat kali. Tetapi apakan daya, rezeki itu milik allah dan dia telah mengaturnya. Jadi keluarga saya telah berpakat untuk menghantar saya, itu yang lebih penting. Bak kata ayah saya, rezeki boleh dicari tetapi menghantar anak ke tempat belajar pada hari pertamanya itu lagi penting. Perasaan aku saat itu..tersangatlah sedih, nak menangis tetapi takut family pun turut menangis, apa yang mampu aku lakukan hanya berdoa semoga allah memberi rezeki yang lebih baik pada masa akan kepada keluargaku dan memberi kesabaran terhadap semuanya.




No comments:

Post a Comment