Friday, December 4, 2015

NeGeRi PeRLiS

sudah lama saya tak update blog..ini disebabkan oleh masalah ketiadaan wifi di kolej kediaman selama sebulan..begitu juga di fakulti kadang-kadang mengalami masalah yang sama. Hari ini saya akan mengemaskini blog saya.


NEGERI PERLIS
(NEGERI INDERA KAYANGAN)


Taman bunga kertas Tuanku Lailatul Shahreen merupakan salah satu destinasi terbaru pelancongan yang ditonjolkan dan menjadi satu daya tarikan pelancong yang datang ke Negeri Perlis. Taman yang dibina di Laman Cenderawasih, pinggir Bukit Lagi bersebelahan Taman Budaya Negeri itu adalah diambil sempena nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.


MUZIUM KOTA KAYANG

Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Di sini ia banyak menceritakan sejarah Kota Kayang.Ia terletak di tapak pengebumian Sultan Kedah pada kurun ke–16. Segalanya berkisar penemuan arkeologi di sekitar Negeri Perlis. Selain itu, koleksi simpanan raja – raja juga terdapat di sini.



TAMAN BUNGA KERTAS TUANKU LAILATUL SHAHREEEN

Taman bunga kertas Tuanku Lailatul Shahreen merupakan salah satu destinasi terbaru pelancongan yang ditonjolkan dan menjadi satu daya tarikan pelancong yang datang ke Negeri Perlis. Taman yang dibina di Laman Cenderawasih, pinggir Bukit Lagi bersebelahan Taman Budaya Negeri itu adalah diambil sempena nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.



No comments:

Post a Comment