Sejak akhir-akhir nie..banyak program yang nak dianjurkan oleh kolej kediaman dan fakulti. Dalam masa yang terdekat nie saya terlibat dengan satu program fakulti, iaitu program yang dianjurkan oleh Kelab Pengurusan. Dimana saya salah seorang yang memegang jawatan dalam organisasi tersebut, Exco Publisiti. Program ini dinamakan sebagai "Clown Doctor" atau dikenali "CD". CD ini ada dua siri, CD 01 yang pertama akan berlangsung pada 12 Dis 2015 nie, pergi ke rumah kanak-kanak terencat akal di Melaka. Manakala, CD 02 akan bermula pada bulan Feb tahun depan, CD 02 nie akan melawat kanak-kanak di hospital kerajaan, iaitu kanak-kanak yang mengalami penyakit kanser.
Selain itu, program kolej pula saya terlibat dengan dua program iaitu program SEMEGA dan program AYES. Program SEMEGA akan berlangsung pada cuti semester ini, pada 22-24 Dis 2016. Banyak aktiviti perlu dijalankan untuk mencari dana yang mencukupi. SEMEGA ialah "SElangkah MEnara GAding" dimana, kami menjemput pelajar Tingkatan 6 daripada beberapa buah negeri, Negeri Perak, Negeri Terengganu, Kedah, Johor dan Kelantan. Program ini bertujuan untuk memupuk rasa keinginan dalam diri pelajar mengenai alam universiti seterusnya ingin memperkenalkan kepada mereka tentang UKM. Manakala program AYES pula dikenali sebagai "Asean Young EntrepreneurShip". Program ini akan berlangsung pada tahun depan dan kami menjemput semua pelajar dari universiti negara ASEAN.
Tanggal 19 Dis 2015, bermula lah minggu study week bagi semua pelajar Ukm, tempoh yang diberikan adalah untuk memberi ruang kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan tentang subjek tersebut. Tapi bertuah bagi saya sebab exam saya mula 4 Jan 2016 berbanding kawan-kawan saya yang mula exam pada 29 Dis 2015. Tapi ada jugak malangnya, dimana saya tiada gap untuk setiap peperiksaan mulai 4,5,6,7 Jan 2016. Tetapi kawan-kawan saya mempunyai banyak masa gap antara satu paper ke satu paper.
Disini saya NURUL HAYATI BINTI MOHD DAUD ingin memohon ampun dan maaf tak kira saya terkasar bahasa atau ada yang berkecil hati dengan saya samada kawan-kawan ataupun pensyarah. Saya mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kai, amboi dah macam nak raya la pulak..hehehe.
"GOOD LUCK YER KAWAN-KAWAN, DO THE BEST AND GETS THE EFFORT IF WHAT WE HAD LEARN"
No comments:
Post a Comment