Putrajaya merupakan sebuah bandar terancang yang terletak kira-kira 25km ke selatan Kuala Lumpur dan dibina sebagai pusat pentadbiran kerajaan Malasia. Siapa sangka dahulunya kawasan ini hanyalah belukar kini mempunyai banyak tempat menarik di Putrajaya yang boleh dilawati dan popular dikalangan warga tempatan dan pelancong luar.
Saban tahun pasti ada sahaja aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan disini untuk menarik perhatian pelancong. Antaranya adalah seperti Floria, Pesta lampu, belon air panas dan banyak lagi.
Tempat Menarik Di Putrajaya
Tidak dinafikan Putrajaya adalah destinasi yang wajib untuk dilawati lebih-lebih lagi anda sebagai rakyat Malaysia, anda perlu melawati Putrajaya kerana disini terdapatnya pelbagai tempat menarik yang boleh anda lawati. Antara yang menariknya adalah senibina banggunan kerajaan yang anda tidak dapat lihat di tempat lain. Jom kita ketahui beberapa tarikan pelancongan yang menarik di putrajaya untuk dilawati dan sering menjadi pilihan pelancong.
#1 Masjid Putra Putrajaya
Masjid Putra Putrajaya merupakan mercu utama bandar Putrajaya. Kalau anda kesini jangan lupa singgah dan solat di Masjid ini. Masjid ini dikelilingi oleh tasik yang besar menambahkan lagi pemandangan yang sangat cantik kepada masjid ini.
Masjid ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Perdana Menteri dan dibina dalam satu kawasan yang sangat lapang dikenali juga sebagai dataran Putrajaya.
Masjid ini juga mempunyai akses bawah tanah dari beberapa lokasi di Putrajaya untuk memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan yang bekerja di sekitarnya. Laluan bawah tanah ini hanya akan dibuka pada hari Jumaat ketika solat jumaat.
#2 Jambatan Putrajaya
Jika ke Putrajaya tidak sah jika anda tidak melalui Jambatan Putrajaya ini. Jambatan yang sangat unik sepanjang 430 ini merupakan salah satu mercu utama bandar Putrajaya. Banyak syarikat produksi yang menjadikan jambatan ini sebagai lokasi salah satu babak dalam filem. Selain dari itu jambatan ini juga sering dijadikan sebagai tempat untuk latarbelakang gambar perkahwinan. Menyaksikan matahari terbit dan terbenam disini juga antara aktiviti yang sering dilakukan oleh warga tempatan.
Pada waktu malam pula, anda boleh lihat jambatan ini dari jauh kerana sinaran lampu neon yang menghiasi jambatan ini. Jambatan Putrajaya sememangnya salah satu tempat menarik di Putrajaya di waktu malam untuk dilawati bagi sesi foto sebagai kenang-kenangan.
#3 Tasik Putrajaya
Antara tarikan yang seringkali dikunjungi oleh warga tempatan ke Putrajaya adalah Tasik Putrajaya. Untuk pengetahuan anda, Putrajaya juga dikenali dengan jolokan nama “City In The Garden” atau “Bandar Di Dalam Taman” kerana bandar Putrajaya dikelilingi dengan banyak pokok serta tasik buatan manusia.
Anda juga boleh menaiki bot atau cruise untuk mengelilingi bandar ini. Sebagai rakyat Malaysia, anda pasti kagum dengan keindahan banggunan-banggunan kerajaan yang mempunyai senibina yang unik dan cantik serta dikelilingi dengan alam semulajadi ini.
Perjalanan menaiki bot ini mengambil masa sekitar 45 minit mengelilingi Masjid Putra, Istana Darul Ehsan, Monumen Millenium, banggunan kementerian, Jambatan Putra dan Jambatan Putrajaya. Pakej harga pula adalah sebanyak RM30 seorang (dewasa) dan untuk kanak-kanak RM20 untuk pemegang kad MyKad dan RM50 (dewasa) dan kanak-kanak RM35 untuk pelancong luar negara. Untuk makluman lanjut anda boleh layari laman web rasmiCruise Tasik Putrajaya.
#4 Taman Botani Putrajaya
Taman Botani Putrajaya merupakan sebuah taman botani buatan manusia yang menempatkan ribuan spesis tumbuhan dalam dan luar negara. Taman Botani ini terbahagi kepada 3 bahagian dan anda boleh menyewa basikal disini atau menaiki tram untuk mengelilingi taman ini.
Pokok yang ditanam juga disertakan dengan informasi saintifik bagi memudahkan pengunjung mengenali asal usul pokok dan tumbuhan. Antara yang menjadi tarikan disini adalah di “Floral Garden” dimana disini menempatkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari seluruh pelusuk dunia.
Taman Botani Putraja ini merupakan satu tempat menarik di Putrajaya yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga melihat keindahan pokok-pokok dan bunga secara lebih dekat.
#5 Perdana Putra & Seri Perdana
Perdana Putra merupakan Jabatan Perdana Menteri berkubah hijau yang mempunyai senibina berunsurkan islamik yang sangat cantik. Banggunan ini terletak bersebelahan dengan Masjid Putrajaya dan Dataran Putra. Orang awam dibenarkan melawat ke dalam banggunan pada setiap isnin hingga jumaat pada dua sesi iaitu 8 pagi hingga 12.30 petang dan 2 petang hingga 4.30 petang sahaja.
Seri Perdana merupakan kediaman rasm Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai konsep rekabentuk banggunan yang seadakan Perdana Putra. Kediaman ini mempunyai 3 bahagian blok utama iaitu Blok Protokol, Blok Kediaman dan Blok Bankuet. Bagi anda yang sukakan seni bina banggunan jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan kediaman Perdana Menteri ini.
#6 Taman Wetland Putrajaya
Taman Wetland Putrajaya merupakan satu tempat menarik di Putrajaya untuk dilawati sekiranya anda seorang yang cintakan alam semulajadi dan binatang. Taman ini merupakan sebuah taman yang mana anda boleh berjalan kaki atau menyewa basikal untuk mengelilingi sekitarnya sambil melihat bintang seperti burung dan ikan di tasik.
Taman ini juga merupakan satu destinasi yang sesuai untuk anda habiskan masa petang dan berkelah bersama ahli keluarga. Antara aktiviti petang yang boleh anda lakukan disini adalah berjogging, menaiki bot, berbasikal atau makan bersama keluarga kerana disini mempunyai restoran.
#7 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau PICC merupakan sebuah banggunan konvensyen yang besar dan cantik yang terletak di atas bukit di tengah-tengah bulatan besar. Pemandangan dari atas bukit ini sangat menakjubkan dan dari sini juga anda boleh melihat panorama bandar Putrajaya.
Kebanyakan majlis korporat dan konvokesyen biasanya di buat disini. Disini juga mempunyai restoran yang menyediakan pelbagai makanan dan setiap tahun ketika bulan Ramadhan, pasti PICC tidak lekang dari menjadi kunjungan orang untuk berbuka puasa buffet Ramadhan bersama keluarga atau rakan sepejabat.
Senibina banggunana PICC ini juga menakjubka dan berkonsepkan seni budaya dari pelbagai negeri di dalam Malaysia. Anda boleh rujuk pada laman web rasmi PICC untuk mengetahui aturcara terkini di PICC Putrajaya.
#8 Taman Saujana Hijau Putrajaya
Taman Saujana Hijau Putrajaya yang terletak di Presint 11 merupakan sebuah kawasan landskap yang berkeluasan 40 hektar yang menempatkan 3 tarikan pelancong di Putrajaya yang lebih kepada flora dan fauna iaitu:
- European Garden – Kawasan ini terletak di bahagian tertinggi dan menjanjikan pemandangan bandar Putrajaya yang sangat cantik.
- Oriental Garden – Menempatkan sebuah pavilion berkonsepkan buatan Cina dan mempunyai banyak tumbuhan tropika.
- English Garden – Mempunyai sebuah gazebo yang dikelilingi oleh pokok bunga yang berwarna-warni. Suasananya seolah-oleh berada di England namun yang membezakannya ialah keadaan cuaca.
Dinasihatkan untuk datang ke sini adalah pada waktu petang atau pagi. Sekiranya hari hujan berkilat, anda tidak disarankan untuk berada di kawasan berbukit di sini bagi tujuan keselamatan. Bagi yang meminati bidang photography Taman Saujana Hijau Putrajaya merupakan tempat yang ideal untuk anda.
#9 Taman Cabaran Putrajaya
Taman Cabaran Putrajaya yang berkeluasan 30 hektar ini terletak di Presint 5 dimana lokasi ini seringkali menjadi tumpuan warga tempatan yang minat dengan aktiviti lasak. Disini menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk pengunjungnya yang diantaranya adalah skate park, wall climbing untuk dewasa dan kanak-kanak, laluan jogging dan laluan berbukit berbasikal.
Bagi yang minat dengan aktiviti lasak, Taman Cabaran ini sesuai untuk anda. Anda juga boleh cuba naik ke puncak bukit untuk melihat panorama bandar Putrajaya. Serius memang cantik.
#10 Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Taman Warisan Pertanian Putrajaya terletak di Presint 16, Putrajaya. Ia menekankan kepada latar belakang pertanian Malaysia dengan nilai komersial. Pelawat boleh merasa buah-buahan segar dan memerhatikan aktiviti seperti menoreh getah, mengumpul getah, penjagaan tanaman, pemeliharaan buah-buahan dan banyak lagi.
Antara tarikan di sini termasuk kompleks pelawat, dusun, laluan herba dan rempah, petak getah klon dan dek untuk melihat-lihat. Taman ini juga menawarkan banyak produk pertanian untuk jualan, sementara aktiviti dan program berasaskan pertanian diatur untuk pelawat bagi sepanjang tahun.
No comments:
Post a Comment