Saturday, December 12, 2015

Negeri Terengganu

Negeri Terengganu Darul Iman sememangnya mempunyai pelbagai destinasi tumpuan pelancong yang meliputi khazanah alam seperti pantai, pulau, warisan dan budaya.

Taman Tamadun Islam (TTI) - Taman tema yang berkonsepkan senibina islam ini adalah mercu pelancongan di Terengganu yang mesti anda kunjungi. Disini terdapatnya pelbagai monumen dan replika tamadun Islam seperti masjid dan peninggalan senibina Islam lain. Anda tidak perlu ke luar negara untuk melihat secara dekat rekabantuk monumen tamadun Islam. Hanya boleh saksikan di sini dimana setiap monumen seperti masjid dan pelbagia lagi dibina dengan saiz kecil. Sangat sesuai untuk menambahkan ilmu pengetahuan dengan membawa anak-anak ke sini.
Pantai Batu Burok – Negeri Terengganu sememangnya mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang serta cantik. Pantai yang mesti pergi jika ke Kula Terengganu ialah pantai Batu Burok. Pasir di pesisir pantai yang putih dan landai serta kawasan sekitar yang bersih pastinya menjadikan percutian di Terengganu sangat mengasyikkan. Pantai ini terletak berdekatan bandar Kuala Terengganu.  
Pulai Redang – Antara Pulau yang tercantik di Terengganu, malahan di Asia ialah Pulau Redang. 
Masjid Terapung Dan Masjid Kristal - Bagi yang muslim, boleh jadikan Masjid TengkuZaharah atau dipanggil masjid terapung di Kuala Ibai serta Masjid Kristal di Pulau Wan Man sebagai tempat persinggahan untuk solat. Anda boleh menunaikan kewajipan sambil menikmati keindahan masjid yang mempunyai senibinanya yang tersendiri.
Pasar Payang – Jika di Kelantan, terkenal dengan Pasar Siti Khadijah, di Terengganu Pula, Pasar Payang adalah pilihan utama penduduk tempatan dan pelanconga mencari barangan seperti pakaian, sutera, batik, makanan dan banyak lagi.
Chinatown atau Kampung Cina – Alami persekitaran seperti di zaman pemerintahan cina terdahulu dengan melalui Kampung Cina yang terdapat di Pinggir Pulau Warisan di bandar Kuala Terengganu.
Tasik Kenyir – Tasik Kenyir juga syurga kaki pancing atau pencinta khazanah alam. Tasik kenyir ini adalah tasik terbesar di
Pulau Duyung –  Pulau Duyung di Kuala Terengganu terkenal dengan tempat pembuatan kapal
Pulau Perhentian – Salah satu pulau di Terengganu yang popular dengan destnasi percutian terbaik di Terengganu bagi anda sekeluarga atau mereka yang ingin berbulan madu.

No comments:

Post a Comment