Saturday, December 5, 2015

NEGERI PULAU PINANG



Pulau Pinang merupakan gabungan menarik alam semula jadi, budaya dan sejarah. Terdiri daripada sebuah pulau dan Seberang Perai yang dihubungkan oleh salah sebuah jambatan terpanjang di Asia, negeri ini dikenali sebagai salah sebuah destinasi percutian yang terunggul di dunia.

GEORGETOWN 



George Town, ibu negeri Pulau Pinang yang meriah, diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008. Bandar ini dipenuhi dengan bangunan warisan, mercu tanda sejarah dan pelbagai budaya. Banyak tempat menarik terletak berdekatan antara satu sama lain, membolehkan seseorang berjalan kaki sahaja daripada satu tarikan ke satu tarikan. Bersiar-siar di George Town sahaja merupakan satu pengalaman yang cukup menarik. Selain daripada itu, anda juga boleh menaiki beca berhias yang boleh didapati di setiap simpang.

JAMBATAN PULAU PINANG


Gelugor Menghubungkan tanah besar dengan Pulau Pinang, Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.5km merupakan jambatan terpanjang di negara ini. Diilhamkan daripada jambatan Golden Gates di San Francisco, jambatan ikonik ini ialah tempat di mana acara tahunan Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang diadakan. Pemandangan yang indah dapat di lihat di kedua-dua belah ketika memandu menyusuri jambatan ini.

KEK LOK SI


Ayer Itam Tersergam megah di puncak bukit dari mana pekan Ayer Itam boleh dilihat ialah Kek Lok Si, kompleks tokong Buddha yang tercantik dan terbesar di Asia Tenggara. Diasaskan lebih daipada seratus tahun dahulu, keistimewaan tempat ini termasuklah pagoda tujuh lapis yang digelar Pagoda Sepuluh Ribu Buddha dan patung Kuan Yin, Dewi Keampunan yang tingginya 120 kaki dan diperbuat daripada gangsa. 

TAMAN NEGARA PULAU PINANG


Teluk Bahang Taman Negara Pulau Pinang dengan ratusan spesies flora dan faunanya ialah satu pengembaraan yang mengasyikkan di tengah-tengah alam semula jadi. Di sini juga terdapat rumah api abad ke-19, tasik meromiktik semula jadi, denai tinjau alam, pusat pemuliharaan penyu dan laluan berkanopi.

BUKIT BENDERA


Air Itam Bukit Bendera, salah satu ikon utama Pulau Pinang, merupakan tempat peranginan yang popular bagi mereka yang ingin lari daripada cuaca kota yang sangat panas. Tingginya 833m (2,723 kaki) dari aras laut. Perkhidmatan keretapi funikular yang baru membawa pengunjung ke puncaknya dalam masa kurang daripada setengah jam. Tempat-Tempat Menarik Di Pulau Pinang. Dari pelantar tinjau di atas bukit ini, seseorang dapat melihat panorama George Town dan kawasan sekitarnya yang indah. Bukit Bendera juga mempunyai banyak denai tinjau alam untuk diterokai oleh mereka yang gemarkan cabaran.


George Town


• Rumah Agam Cheong Fatt Tze • Kota Cornwallis • Masjid Melayu Jalan Acheen • Rumah Kongsi Khoo • Rumah Agam Pinang Peranakan • Chinatown • Bazar Chowrasta • Dewan Bandar Raya • Wat Dhammikarama • Tokong Dewi Keampunan • Muzium Islamik • Masjid Kapitan Keling • Little India • Rumah P. Ramlee • Muzium Negeri Pulau Pinang • Kuil Sri Mariamman • Gereja St. George • Masjid Negeri • Menara Jam Ratu Victoria • Wat Chaiya Mangkalaram • Jeti Suku Kaum Tradisional

Batu Feringghi

• Bazar Kaki Lima Batu Feringghi • Taman Rempah Tropika

Teluk Bahang

• Taman Rama-Rama Pulau Pinang • Taman Rekreasi Teluk Bahang • Dusun Buah-buahan Tropika • Kilang Batik Pulau Pinang • Taman Teman ESCAPE AdventurePlay

Batu Maung

• Muzium Perang • Akuarium Pulau Pinang

Gurney

• Gurney Drive Juru • Bandar Auto-City • Ladang Buah Naga

Gelugor

• Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah

Jalan Kebun Bunga

• Taman Botani Pulau Pinang

Tanjung Bungah

• Muzium Barang Permainan • Masjid Terapung

Bayan Lepas

• Tokong Ular • Pulau Jerejak

Butterworth

• Taman Burung Pulau Pinang

Bukit Mertajam

• Gereja St. Anne • Hutan Rekreasi Bukit Mertajam

Seberang Perai Selatan

• Pulau Aman

Nibong Tebal

• Kelip-kelip Sungai Krian Negeri di mana terletaknya Bandaraya Warisan Dunia UNESCO, Pulau Pinang meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap pengunjung, membuatkan mereka inginkan lebih lagi dengan setiap kunjungan. Pulau Pinang merupakan sebuah negeri maju terletak di utara Semenanjung Malaysia.

No comments:

Post a Comment