Saturday, December 12, 2015

group


Gegar Vaganza

debaran kian terasa apabila final semakin hampir..gud luck nana, perform yang terbaik ehh malam nie.

powtoon


contoh buat prezi


contoh video scribe


video cuti-cuti malaysia

Cuti-cuti Malaysia..sempena cuti sekolah, bercutilah dalam negara kita.

Putrajaya

Putrajaya merupakan sebuah bandar terancang yang terletak kira-kira 25km ke selatan Kuala Lumpur dan dibina sebagai pusat pentadbiran kerajaan Malasia. Siapa sangka dahulunya kawasan ini hanyalah belukar kini mempunyai banyak tempat menarik di Putrajaya yang boleh dilawati dan popular dikalangan warga tempatan dan pelancong luar.
Saban tahun pasti ada sahaja aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan disini untuk menarik perhatian pelancong. Antaranya adalah seperti Floria, Pesta lampu, belon air panas dan banyak lagi.

Tempat Menarik Di Putrajaya

Tidak dinafikan Putrajaya adalah destinasi yang wajib untuk dilawati lebih-lebih lagi anda sebagai rakyat Malaysia, anda perlu melawati Putrajaya kerana disini terdapatnya pelbagai tempat menarik yang boleh anda lawati. Antara yang menariknya adalah senibina banggunan kerajaan yang anda tidak dapat lihat di tempat lain. Jom kita ketahui beberapa tarikan pelancongan yang menarik di putrajaya untuk dilawati dan sering menjadi pilihan pelancong.

#1 Masjid Putra Putrajaya

Masjid Putra Putrajaya tempat menarik di putrajaya
Masjid Putra Putrajaya merupakan mercu utama bandar Putrajaya. Kalau anda kesini jangan lupa singgah dan solat di Masjid ini. Masjid ini dikelilingi oleh tasik yang besar menambahkan lagi pemandangan yang sangat cantik kepada masjid ini.
Masjid ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Perdana Menteri dan dibina dalam satu kawasan yang sangat lapang dikenali juga sebagai dataran Putrajaya.
Masjid ini juga mempunyai akses bawah tanah dari beberapa lokasi di Putrajaya untuk memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan yang bekerja di sekitarnya. Laluan bawah tanah ini hanya akan dibuka pada hari Jumaat ketika solat jumaat.

#2 Jambatan Putrajaya

Jambatan Putrajaya tempat menarik di putrajaya
Jika ke Putrajaya tidak sah jika anda tidak melalui Jambatan Putrajaya ini. Jambatan yang sangat unik sepanjang 430 ini merupakan salah satu mercu utama bandar Putrajaya. Banyak syarikat produksi yang menjadikan jambatan ini sebagai lokasi salah satu babak dalam filem. Selain dari itu jambatan ini juga sering dijadikan sebagai tempat untuk latarbelakang gambar perkahwinan. Menyaksikan matahari terbit dan terbenam disini juga antara aktiviti yang sering dilakukan oleh warga tempatan.
Pada waktu malam pula, anda boleh lihat jambatan ini dari jauh kerana sinaran lampu neon yang menghiasi jambatan ini. Jambatan Putrajaya sememangnya salah satu tempat menarik di Putrajaya di waktu malam untuk dilawati bagi sesi foto sebagai kenang-kenangan.

#3 Tasik Putrajaya

Cruise Tasik Putrajaya
Antara tarikan yang seringkali dikunjungi oleh warga tempatan ke Putrajaya adalah Tasik Putrajaya. Untuk pengetahuan anda, Putrajaya juga dikenali dengan jolokan nama “City In The Garden” atau “Bandar Di Dalam Taman” kerana bandar Putrajaya dikelilingi dengan banyak pokok serta tasik buatan manusia.
Anda juga boleh menaiki bot atau cruise untuk mengelilingi bandar ini. Sebagai rakyat Malaysia, anda pasti kagum dengan keindahan banggunan-banggunan kerajaan yang mempunyai senibina yang unik dan cantik serta dikelilingi dengan alam semulajadi ini.
Perjalanan menaiki bot ini mengambil masa sekitar 45 minit mengelilingi Masjid Putra, Istana Darul Ehsan, Monumen Millenium, banggunan kementerian, Jambatan Putra dan Jambatan Putrajaya. Pakej harga pula adalah sebanyak RM30 seorang (dewasa) dan untuk kanak-kanak RM20 untuk pemegang kad MyKad dan RM50 (dewasa) dan kanak-kanak RM35 untuk pelancong luar negara. Untuk makluman lanjut anda boleh layari laman web rasmiCruise Tasik Putrajaya.

#4 Taman Botani Putrajaya

Taman Botani Putrajaya
Taman Botani Putrajaya merupakan sebuah taman botani buatan manusia yang menempatkan ribuan spesis tumbuhan dalam dan luar negara. Taman Botani ini terbahagi kepada 3 bahagian dan anda boleh menyewa basikal disini atau menaiki tram untuk mengelilingi taman ini.
Pokok yang ditanam juga disertakan dengan informasi saintifik bagi memudahkan pengunjung mengenali asal usul pokok dan tumbuhan. Antara yang menjadi tarikan disini adalah di “Floral Garden” dimana disini menempatkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari seluruh pelusuk dunia.
Taman Botani Putraja ini merupakan satu tempat menarik di Putrajaya yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga melihat keindahan pokok-pokok dan bunga secara lebih dekat.

#5 Perdana Putra & Seri Perdana

Perdana Putra tempat menarik di putrajaya
Perdana Putra merupakan Jabatan Perdana Menteri berkubah hijau yang mempunyai senibina berunsurkan islamik yang sangat cantik. Banggunan ini terletak bersebelahan dengan Masjid Putrajaya dan Dataran Putra. Orang awam dibenarkan melawat ke dalam banggunan pada setiap isnin hingga jumaat pada dua sesi iaitu 8 pagi hingga 12.30 petang dan 2 petang hingga 4.30 petang sahaja.
Seri Perdana merupakan kediaman rasm Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai konsep rekabentuk banggunan yang seadakan Perdana Putra. Kediaman ini mempunyai 3 bahagian blok utama iaitu Blok Protokol, Blok Kediaman dan Blok Bankuet. Bagi anda yang sukakan seni bina banggunan jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan kediaman Perdana Menteri ini.

#6 Taman Wetland Putrajaya

Taman Wetland Putrajaya
Taman Wetland Putrajaya merupakan satu tempat menarik di Putrajaya untuk dilawati sekiranya anda seorang yang cintakan alam semulajadi dan binatang. Taman ini merupakan sebuah taman yang mana anda boleh berjalan kaki atau menyewa basikal untuk mengelilingi sekitarnya sambil melihat bintang seperti burung dan ikan di tasik.
Taman ini juga merupakan satu destinasi yang sesuai untuk anda habiskan masa petang dan berkelah bersama ahli keluarga. Antara aktiviti petang yang boleh anda lakukan disini adalah berjogging, menaiki bot, berbasikal atau makan bersama keluarga kerana disini mempunyai restoran.

#7 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau PICC merupakan sebuah banggunan konvensyen yang besar dan cantik yang terletak di atas bukit di tengah-tengah bulatan besar. Pemandangan dari atas bukit ini sangat menakjubkan dan dari sini juga anda boleh melihat panorama bandar Putrajaya.
Kebanyakan majlis korporat dan konvokesyen biasanya di buat disini. Disini juga mempunyai restoran yang menyediakan pelbagai makanan dan setiap tahun ketika bulan Ramadhan, pasti PICC tidak lekang dari menjadi kunjungan orang untuk berbuka puasa buffet Ramadhan bersama keluarga atau rakan sepejabat.
Senibina banggunana PICC ini juga menakjubka dan berkonsepkan seni budaya dari pelbagai negeri di dalam Malaysia. Anda boleh rujuk pada laman web rasmi PICC untuk mengetahui aturcara terkini di PICC Putrajaya.

#8 Taman Saujana Hijau Putrajaya

Taman Saujana Hijau Putrajaya
Taman Saujana Hijau Putrajaya yang terletak di Presint 11 merupakan sebuah kawasan landskap yang berkeluasan 40 hektar yang menempatkan 3 tarikan pelancong di Putrajaya yang lebih kepada flora dan fauna iaitu:
  • European Garden – Kawasan ini terletak di bahagian tertinggi dan menjanjikan pemandangan bandar Putrajaya yang sangat cantik.
  • Oriental Garden – Menempatkan sebuah pavilion berkonsepkan buatan Cina dan mempunyai banyak tumbuhan tropika.
  • English Garden – Mempunyai sebuah gazebo yang dikelilingi oleh pokok bunga yang berwarna-warni. Suasananya seolah-oleh berada di England namun yang membezakannya ialah keadaan cuaca.
Dinasihatkan untuk datang ke sini adalah pada waktu petang atau pagi. Sekiranya hari hujan berkilat, anda tidak disarankan untuk berada di kawasan berbukit di sini bagi tujuan keselamatan. Bagi yang meminati bidang photography Taman Saujana Hijau Putrajaya merupakan tempat yang ideal untuk anda.

#9 Taman Cabaran Putrajaya

Taman Cabaran Putrajaya
Taman Cabaran Putrajaya yang berkeluasan 30 hektar ini terletak di Presint 5 dimana lokasi ini seringkali menjadi tumpuan warga tempatan yang minat dengan aktiviti lasak. Disini menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk pengunjungnya yang diantaranya adalah skate park, wall climbing untuk dewasa dan kanak-kanak, laluan jogging dan laluan berbukit berbasikal.
Bagi yang minat dengan aktiviti lasak, Taman Cabaran ini sesuai untuk anda. Anda juga boleh cuba naik ke puncak bukit untuk melihat panorama bandar Putrajaya. Serius memang cantik.

#10 Taman Warisan Pertanian Putrajaya

Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Taman Warisan Pertanian Putrajaya terletak di Presint 16, Putrajaya. Ia menekankan kepada latar belakang pertanian Malaysia dengan nilai komersial. Pelawat boleh merasa buah-buahan segar dan memerhatikan aktiviti seperti menoreh getah, mengumpul getah, penjagaan tanaman, pemeliharaan buah-buahan dan banyak lagi.
Antara tarikan di sini termasuk kompleks pelawat, dusun, laluan herba dan rempah, petak getah klon dan dek untuk melihat-lihat. Taman ini juga menawarkan banyak produk pertanian untuk jualan, sementara aktiviti dan program berasaskan pertanian diatur untuk pelawat bagi sepanjang tahun.

Kuala Lumpur

Pening memikirkan ke mana mahu dibawa anak-anak berjalan pada hujung minggu? Anda fikir semua tempat di Kuala Lumpur memerlukan wang yang banyak untuk masuk? Tidak semua… Masih ada lagi tempat-tempat di Kuala Lumpur yang sesuai untuk anda bawa anak anda jalan-jalan sambil melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa mengeluarkan kos yang banyak.
Sila klik pada nama tempat untuk maklumat lanjut.

1. Planetarium Negara

Anak anda ingin menjadi angkasawan seperti  Dr. Sheikh Muszaphar? Nah, inilah tempatnya bagi anda memupuk minat anak anda dalam bidang ekplorasi angkasa dan astrologi. Planetarium Negara telah ditubuhkan pada tahun 1994 bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang bidang sains angkasa.
Terletak berhampiran Taman Tasik Perdana  Kuala Lumpur, Planetarium Negara menawarkan pelbagai fasiliti menarik bagi para pengunjung seperti Taman Replika Balai Cerap Purba, galeri pameran, galeri pemandangan, teater angkasa dan Balai Cerap Planetarium Negara yang dilengkapi dengan teleskop robotik C14.
Terdapat juga kawasan riadah bertemakan angkasa. Pameran di sini juga mempunyai dua tema iaitu astronomi dan eksplorasi angkasa. Kesemua fasiliti ini boleh digunakan tanpa membayar sesen pun! Anda hanya perlu membayar tiket masuk sekiranya anda ingin menonton tayangan planetarium di dalam teater angkasa.

2. Muzium Tentera Udara  DiRaja Malaysia (TUDM)

Realisasikan imaginasi si bujang cilik anda sebagai juruterbang atau pejuang militari udara di sini. Mereka pasti sangat teruja apabila berpeluang memasuki dan berangan membawa jet-jet pejuang, helikopter dan pesawat yang selama ini hanya dilihat di kaca televisyen. Segala butang kompleks yang ada di bahagian kokpit pesawat juga boleh diterokai mereka.
Pelbagai info menarik berkenaan pesawat-pesawat tersebut yang akan mereka perolehi daripada lawatan ke muzium TUDM yang terletak di Sg. Besi ini. Semua pesawat yang ada di sini adalah pesawat sebenar dan bukannya simulator! Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran bagi menikmati kesemua itu. Apa yang lebih baik daripada ini? Jom kita ‘terbang’ ke muzium TUDM!

3. Muzium Coklat @ Kota Damansara

Adakah anda tahu siapa pengasas coklat? Tahukah anda bahawa koko dan coklat mempunyai sejarah yang sangat lama iaitu sejak 1500 tahun sebelum masihi? Ketahui semua itu dan banyak lagi di Muzium Coklat yang terletak di Kota Damansara. Pasti anak anda akan lebih menghargai coklat yang anda belikan untuk mereka setelah mengetahui sejarahnya. Dibuka pada November 2012, ia merupakan muzium coklat interaktif yang pertama seumpanya di Asia Tenggara.
Di sini, anda sekeluarga berpeluang menyaksikan sendiri demonstrasi pembuatan coklat buatan tangan. Pelbagai info menarik berkenaan koko dan coklat boleh diperolehi di sini. Sebelum pulang, jangan lupa singgah di kedai coklatnya yang menawarkan lebih daripada 100 jenis coklat untuk dibeli dan dinikmati. Nyam..nyam..

4. Taman Permainan Publika

Anda suka shopping tetapi anak-anak anda bosan menunggu anda membeli-belah? Bawa mereka ke kompleks membeli-belah Publika yang terletak di Solaris Dutamas, Mont Kiara. Di sini terdapat sebuah taman permainan outdoor yang pastinya menyeronokkan anak-anak. Rekabentuk alatan permainannya yang unik sudah tentu menarik mereka untuk bermain di situ. Terdapat juga pancuran air yang mereka boleh main di situ.
Yang lebih menarik lagi, setiap hari Ahad dari jam 7 hingga 10 pagi adalah waktuWheelie Sunday di mana semua jalan di sekitar Publika ditutup bagi memberi laluan kepada anak-anak untuk ‘bermain di tengah jalan’. Mereka boleh berlari, bermain basikal, papan luncur, kasut roda, skuter, dan apa sahaja permainan beroda di tengah jalan. Wheee!

5. Taman KLCC

Taman seluas 2 ekar ini memuatkan taman permainan kanak-kanak, kolam pancuran air bersimfoni, kolam randuk (wading pool) dan trek jogging. Sekiranya anda ingin menikmati persembahan pancuran air beriramanya, pastikan anda berada di kawasan taman KLCC antara jam 12 tengahari hingga 2 petang dan 6 petang hingga 11 malam pada hari biasa, dan antara jam 10 pagi hingga jam 12 tengah malam pada hari minggu dan cuti umum.

Selangor

1- Kuala Lumpur International Airport

Tempat Menarik Dan Percutian Di Selangor - KLIA Airport

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) terletak di Sepang, dibuka pada tahun 1998. Lokasinya adalah sekitar 50 kilometer dari ibukota, Kuala Lumpur. KLIA dibina dengan kos $ 3.5 billion.

2- Pulau Ketam
Tempat Menarik Dan Percutian Di Selangor ,Pulau Ketam

Pulau ini merupakan kampung nelayan yang menarik pengunjung dengan suasana desa yang unik. Anda boleh manaiki bot, menginap di homestay, memancing dan melihat burung.

3- Sunway Lagoon Water Park

Tempat Menarik Dan Percutian Di Selangor - Sunway Lagoon Water Park

Sunway Lagoon Water Park merupakan taman tema air pertama air bakuyang terdapat di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasaskan air terdapat di sana. Anda juga boleh membeli belah dan menginap di hotel.

4- Batu Caves

Batu Caves

Terletak 15 km sebelah utara Kuala Lumpur. Sebuah tarikan pelancongan yang popular, terutama ketika festival Hindu – Thaipusam, yang jatuh pada akhir Mac setiap tahun. Kuil Hindu terletak di Gua Utama yang mempunyai 272 anak tangga.

5- Mines Wonderland
Mines Wonderland

Sebuah taman yang menarik dengan tema Musical Fountain, Rumah Salju, trem, dan pelbagai jenis permainan . Pada malam hari gemerlapan anda boleh merasai susasa yang menakjubkan dengan persembahan multimedia dan cahaya laser.

6- Paya Indah Wetlands
Paya Indah Wetlands


Merupakan taman eko-pelancongan seluas sekitar 3.100 hektar yang terletak di Kuala Langat. Tempat ini menggabungkan teknologi pertanian moden bagi mencipta suatu ekosistem yang seimbang.

7- Zoo Negara
Zoo Negara

Merupakan zoo kebangsaan pertama di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1963. Sampai sekarang, zoo negara dimiliki dan dikendalikan oleh Zoological Society Malaysia. Zoo Negara merupakan tarikan yang menarik untuk dilihat oleh pengunjung.

8- Litar Antarabangsa Sepang

Litar Antarabangsa Sepang

Litar Antarabangsa Sepang merupakan litar sukan motor Malaysia yang terbaik dan mempunyai kemudahan terbesar dari jenisnya di dunia. Litar ini boleh menampung 130,000 penonton pada satu-satu masa.

9- Wet World, Shah Alam
Wet World, Shah Alam

Terletak di Shah Alam. Wet World merupakan taman tema air yang sangat menyeronokkan. Ia juga terletak bersebelahan dengan Tasik Shah Alam dan akuaria, jadi keluarga boleh juga melawati kawasan tersebut. Pastinya, pengunjung akan merasa puas apabila memasuki ke kawasan Wet world ini.

10- Taman Botani Negara Shah Alam/ Taman Pertanian Bukit Cherakah

Taman Botani Negara Shah Alam/ Taman Pertanian Bukit Cherakah

Terletak di Shah Alam. Sangat menarik dan strategik serta penuh kehijauan. Terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan disana. Berbasikal, flyfishing,camping dll.Selain itu rumah 4 musim dan taman rempah ratus juga menarik perhatian. Selain itu SkytrexAdventure Park juga menawarkan aktiviti riadah lasak lain seperti Big thill

-Terdapat 23 cabaran yang perlu ditempuhi dalam masa 1 jam 30 minit – 2 jam.
 -Bayaran untuk 12 tahun ke atas adalah RM45/pax dan 12 tahun ke bawah RM25/pax.
Little Adventure
 -Terdapat 15 cabaran yang perlu ditempuhi dalam masa 30minit-1 jam
 -Bayaran adalah RM35/pax bagi semua peringkat umur
Extreme Challenge
 -Terdapat 21 cabaran yang perlu di tempuhi dalam masa 1 jam 30 minit – 2 jam.
 - Bayaran adalah RM50/pax bagi semua peringkat umur

Jualan tiket dewasa (12 – 54 tahun)-RM 3.00

Jualan tiket kanak-kanak (6 – 11 tahun)-RM 1.00

Pelawat warga emas (55 tahun keatas)-RM 1.00

Pelawat berumur 6 tahun dan ke bawah, rumah anak yatim dan Orang Kurang Upaya-Masuk Percuma

KAUNTER RUMAH IKLIM EMPAT MUSIM

Jualan tiket dewasa (12tahun dan ke atas)- RM 3.00

Jualan tiket kanak-kanak (4-11 tahun)-RM 1.00

Pelawat berumur 4 tahun dan kebawah dan Orang Kurang Upaya- Masuk Percuma

BAYARAN TEMPAT LETAK KENDERAAN

Kereta-RM 3.00

Motorsikal-RM 1.00
website- http://www.tbnsa.gov.my/web/guest/home

11- Bukit Jugra
Bukit Jugra

Terletak di Banting, Selangor. Merupakan tempat yang terkenal untuk sukan Paragliding tempat iaitu permainan luncur udara bagi Negeri Selangor. Rumah api pun ada di sini.

12- Pantai Morib, Banting Selangor

Pantai Morib, Banting Selangor

Pantai Morib menjadi tumpuan kerana anda berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam di sini. Sebab itulah Goldcoast Sepang dibangunkan di Sepang, semata-mata untuk menikmati keindahan dan suasana matahari terbenam! Sejak tahun 2010, Pantai Morib telah berubah menjadi lebih baik, dengan idea lanskap yang menarik untuk riadah sekeluarga. Datanglah ke Morib!

13- Sepang Gold Coast dan Pantai Bagan Lalang

Tempat Menarik Dan Percutian Di Selangor - Sepang Gold Coast dan Pantai Bagan Lalang

Bagan Lalang is a beach destination near Sungai Pelek town in Sepang district, about 60km from Kuala Lumpur. Once a quiet fishing village, the Sepang Gold Coast integrated resort development has transformed the area into a booming holiday retreat; the Golden Palm Tree Sea Villas the first of a series of luxury hotel and apartment projects. Meanwhile, international visitors transiting at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) 30km away have a convenient spot for a quick sojourn as they await the next flight out. Finally, sunny weather, calm sea, beautiful scenery and easy access from KL enhances the travel appeal to this tropical getaway.

14- I City Shah Alam & I City Water World

I City Shah Alam & I City Water World


The WaterWorld @ I-City theme park is located within the grounds of the technology based hub of I-City in Shah Alam Selangor.
WaterWorld @ I-City is the latest addition for the splash happy citizens of Selangor with its family orientated water park rides and facilities providing a fun filled environment for all the family. A great day out.

WaterWorld @ I-City, Jalan Multimedia 7/A, City Park, I-City 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
GPS Latitude - 3.06519
GPS Longitude - 101.483241


15- Bukit Melawati

Bukit Melawati

Berbicara tentang  Bukit Malawati pasti terbayangkan Rumah Api yang masih berdiri teguh di puncak Bukit Melawati. Selain Rumah Api yang dibina pada tahun 1907, pengunjung yang datang juga berpeluang untuk melihat kesan sejarah lain ini seperti Meriam purba, Batu Hampar, Perigi Beracun, dan Muzium Sejarah Kuala Selangor yang dulunya adalah kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor. Di puncak bukit ini juga terdapat Balai Cerap iaitu tempat melihatnya anak bulan bagi menentukan tarikh bermula Ramadhan dan Syawal.

16. Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Kelip-Kelip Kampung Kuantan


Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor. Kampung yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang untuk beristirehat and melapangkan fikiran, jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota. Di kawasan berhampiran, terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai pelbagai spesis burung-burung.

17. KidZania KL

KidZania KL

KidZania KL merupakan satu tempat perlancongan baru di Kuala Lumpur. Andai anda inginkan anak-anak anda merasa pengalaman menjadi seorang dewasa seperti pemandu kapalterbang, pelayan restoran, jururawat, pembaca berita, pekerja bank dan banyak lagi... ini adalah tempat yang paling sesuai sekali.

Bayaran masuk
Ages: 0 – 1 Baby Free
Ages: 2 – 3 Toddler RM 35
Ages: 4 – 17 Kid (Malaysian) RM 60
Ages: 4 – 17 Kid (International) RM 75
Ages: 18 – 59 Adult (Malaysian) RM 35
Ages: 18 – 59 Adult (International) RM 50
Ages: 60+ Senior RM 30

Lokasi
Curve NX, No. 18, Jalan PJU7/5  Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
+60 1-300-88-5439

17. Sg. Chiling at Kuala Kubu Baru (Sungai Chiling Fish Sanctuary)

 Sg. Chiling at Kuala Kubu Baru (Sungai Chiling Fish Sanctuary)

Terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan menghala ke Fraser Hill. Perjalanan dari bandar Kuala Kubu Bharu menghala ke Fraser Hill. Landmark yang penting anda perlu cari ialah Empangan Kuala Kubu. Sg Chiling terletak lebih kurang 10 KM dari empangan tersebut.


Apa yang menarik disini ialah anda akan menikmati kehijauan dan ketenangan, camping aktiviti dan bermandi manda di air terjun, bermain dengan ikan kelah serta berkhemah.


Coordinates dan map
East 101 45.05' North 03 35.71'

18. Homestay Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar



-10 kilometer dari Pekan Sungai Besar atau 35 kilometer dari Pekan Sekinchan.

-Home Stay diwujudkan oleh penduduk kampung tersebut bagi menawarkan sesuatu yang istimewa kepada para pelancong yang ingin merasai pengalaman tinggal dikampung.

-Rumah ini walaupun kecil tetapi ia dilengkapi dengan semua kemudahan asas untuk pengunjungnya.

-Pengunjung yang menginap disini akan dihidangkan dengan keistimewaan tertentu seperti dihidangkan makanan tempatan, dibawa bersiar-siar ke sawah & kebun dusun berdekatan, dan juga akan disajikan dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh kumpulan kebudayaan kampung.

Untuk pertanyaan anda bolehlah menghubungi En. Abdul Rahman Bin Daud (+6013-6077025).

Lokasi
PT 1, Kampung Haji Dorani, Sungai Panjang, 45300, Sungai Besar, Selangor
Malaysia
+60 16-374 3801

Homestay Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar

Homestay Haji Dorani
Pusat Aktiviti Homestay,
Jalan Parit Dua, Sungai Haji Dorani,
Sungai Besar,
45300 Sabak Bernam,
Selangor.
Tel: +6013-6077025 (Mr. Abd. Rahman Daud), +603-3210846
Email: doranihomestay@yahoo.com
Website: Dorani Homestay, Dorani Homestay
Package Rate: MYR 250.00 per person, with a minimum of 5 person per group

This package included accommodation at foster family's home with breakfast, lunch and dinner, traditional rice processing activities, traditional making of Malay delicacies, batik painting, kite flying, fishing at the paddy field, a night village tour through the paddy fields, visitation to the local food factories and mango orchard, and firefly observation. More details should be provided as I go through these activities later on. - See more at: http://kezoom.blogspot.my/2013/05/tempat-menarik-dan-percutian-di-selangor.html#.Vmz_2NKqqko